Ikut Rasa Binasa
Selasa, 20 Februari 2007
Hiduplah kita sebagai orang berjasa,
Hendaklah kita bertimbang rasa,
Bukan mengikut hawa dunia,
Kelak dirundung ke jalan binasa.

Di dunia menjadi sampah nusa,
Di akhirat akan diseksa,
Bersyukurlah pada yang Esa,
Hanya Dialah yang berkuasa.

Ingatlah esok ataupun lusa,
Kita dijemput oleh Penguasa,
Tingkatkan amalan setiap masa,
Moga di sana aman sentosa.

Yang bernilai bukan emas atau suasa,
Tapi iman dan taqwa menjamin hidup selesa,
Waspadalah dari menjadi mangsa,
Sesungguhnya syaitan menanti masa.
posted by Ayub @ 12:36 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home