Wasiat
Selasa, 20 Februari 2007
Ibu bapa sanggup berkorban,
Mencari sumber keperluan,
Demi anak di kejauhan,
Mengharap segunung pengharapan.

Kini di bahu mu tergalas beban,
Usahalah dengan penuh kesabaran,
Agar kesungguhan diberkati Tuhan,
Mudahan impian menjadi kenyataan.

Manusia dahaga dan ketandusan,
Menagih selautan keinsafan,
Menanti dengan seribu harapan,
Moga pulang mu dengan bekalan kejayaan.
posted by Ayub @ 1:05 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home