Peranan Pemuda Islam
Rabu, 4 Julai 2007
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pemuda ini adalah satu eset yang penting dalam masyarakat. Di tangan pemudalah tergenggam masa depan sesebuah negara. Disamping tunjuk ajar dan bimbingan dari yang lebih tua. Oleh yang demikian itulah seharusnya kepada setiap pemuda harus menyedari peranan dan tugas yang terpikul ke atas mereka.

Untuk melaksanakan tugas yang berat ini, pertamanya pemuda mestilah mempersiapkan diri mereka masing-masing dengan ilmu pengetahuan. Mereka harus mengetahui segala cabang ilmu. Terutamanya ilmu yang menyentuh soal keagamaan. Mereka mestilah terkehadapan di dalam bidang ilmu ini.

Dalam pada itu pemuda mestilah menjaga diri mereka dari terjerumus dalam kencah kemaksiatan..terleka dalam kebudayaan asing yang sangat jauh tergelincir dari paksi kebudayaan yang dianjurkan oleh Islam. Setiap golongan pemuda khususnya pemuda Islam adalah sasaran utama pihak Yahudi di dalam misi mereka untuk menjahanamkan semua kaum dan agama di muka bumi ini. Dari itu, pemuda Islamlah seharusnya lebih prihatin terhadap perancangan jahat puak Yahudi itu.

Kebanyakkan negara ummat Islam masa kini seakan berbangga apabila budaya-budaya barat yang sememangnya bertentangan dengan tuntutan Islam itu sendiri masuk dan menular ke dalam masyarakat dan muda-mudi di negara mereka. Zina, arak, judi dan seumpamanya sudah menjadi darah daging kebanyakkan anak-anak muda kini.

Betapa berjayanya perancangan Yahudi sejak berzaman ingin melihat kehancuran ummat Islam. Selain para ulama, tugas besar untuk merubah masyarakat dan mengembalikan mereka daripada keseronokkan hidup sementara yang penuh dengan kepura-puraan kepada keindahan dan kebahagiaan hidup berteraskan kesyumulan ajaran Islam ini terpikul ke atas bahu-bahu pemuda Islam.

Golongan pemuda ini haruslah menyedarkan masyarakat dengan kepintaran dan kepakaran setiap individu betapa ummat Islam kini sudah lari jauh dari ajaran agama yang mereka anuti. Mereka juga semestinya dengan kepakaran yang ada berusaha untuk menguatkan jamaah Islam. Mereka perlu menginfakkan diri mereka untuk perjuangan mendaulatkan kalimah Tauhid.

Mereka juga harus menjaga perjuangan suci ini dari dinodai oleh tangan-tangan kotor musuh Allah, hatta jika sekiranya perjuangan ini diganggu-gugat oleh musuh-musuh, mereka..golongan pemuda mestilah sanggup menjadi benteng pertahanan walaupun terpaksa nyawa dan darah menjadi cagarannya.
posted by Ayub @ 1:22 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home