1 Syawal 1428H
Isnin, 15 Oktober 2007
Setiap kali tiba 1 Syawal terkenang daku pada kampung halaman, masa dan waktu masih tidak mengizinkan aku berhari raya bersama keluarga tercinta. Walaupun kesedihan yang mendalam tapi tetap ku tabah hadapi segala ujian ini untuk mengapai cita-cita yang ku idamkan. Mudah-mudahan cita-cita ku ini dipermudahkan oleh-Nya dan diberi kejayaan di Dunia dan Akhirat.

Kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya buat bonda dan keluarga tercinta serta sahabat-sahabat yang mengenali diri ku, di hari yang berbahagia ini ku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Sebagai tanda ingatan ku pada keluarga, sanak saudara dan mereka yang mengenali diri ini, aku sediakan beberapa keping gambar kenangan indah di pagi Syawal 1428H.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN













posted by Ayub @ 7:12 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home